Tiba
masa untuk tunjuk belang
Oleh NOR
AZIRAN YUNUS
aziran.yunus@ kosmo.com.my
aziran.yunus@ kosmo.com.my
PENGENDALI
skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee menegaskan, kini sudah tiba masa buat
anak-anak buahnya menterjemah ilmu yang dipelajari sepanjang lebih tiga bulan
‘berguru’ di Eropah.
Menurut Kim Swee, misi pertama buat skuad Harimau Muda
bermula petang ini apabila menentang skuad Bawah 23 Tahun (B-23) Singapura
dalam aksi pertama kejohanan Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur,
Kuantan, Pahang.Kata Kim Swee, bagaimanapun beliau terlebih dahulu terpaksa
membuat keputusan sukar apabila perlu menggugurkan tiga pemain daripada senarai
awal 25 pemain bagi melengkapkan kuota 22 pemain untuk didaftarkan pada
kejohanan edisi ke-41 ini.“Saya terpaksa menggugurkan tiga pemain iaitu Muhd.
Ramadan Abd. Rahman, Mohd. Riduan Abdunloh Pula dan Wan Ahmad Amir Zafran Wan
Nadris bagi melengkapkan senarai 22 pemain.“Saya menganggap perlawanan dengan
Singapura sebagai pertemuan menarik dan agak sukar buat kita. Singapura yang
sebahagian besarnya terdiri daripada pemain skuad Lions XII yang muncul juara
Liga Super baru-baru ini.
“Mereka mempunyai kelebihan kerana telah bergabung
sejak awal tahun serta bermain dalam satu pasukan dalam saingan Liga Malaysia,”
kata Kim Swee pada sidang akhbar di Kuantan semalam.Selain itu, Kim Swee juga
menuntut semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain Harimau Muda dalam
aksi pertama tersebut serta tidak terikut-ikut rentak pemain lawan.Ujarnya,
berdasarkan pengalaman mengendalikan skuad B-23 negara itu, mereka cenderung
untuk mengikut rentak lawan yang akhirnya memakan diri.“Jika bertemu pasukan
handal, mereka akan bermain baik manakala jika bertemu pasukan lemah, mereka
akan turut mengikut rentak lawan itu.“Saya harap mereka akan berubah kali ini
dan bermain mengikut perancangan yang telah saya lakukan. Saya sedar Singapura
akan menurunkan barisan terbaiknya dan saya anggap penyerang Singapura, Hariss
Harun sebagai pemain yang perlu dirantai,” katanya.Kim Swee berkata, beliau
percaya dengan barisan yang dimilikinya kali ini ditambah dengan kehadiran
beberapa tonggak pasukan negeri seperti Nik Shahrul Azim Ab. Halim (Kelantan),
Mohd. Nazmi Faiz Mansor (PKNS), Putera Nadher (Sarawak) dan Zubir Azmi
(Terengganu).Menurutnya, kejohanan Pestabola Merdeka kali ini juga merupakan
pentas terbaik untuk persediaan skuad negara dalam misi mengekalkan pingat emas
dalam Sukan SEA di Myanmar, Disember ini.
Perlawanan antara Malaysia dengan
Singapura akan berlangsung pada pukul 5.30 petang ini manakala Thailand bakal
berentap dengan Myanmar pada pukul 8.45 malam.
No comments:
Post a Comment