NEGARA
‘Saya
akan dedah siapa Ervin’
MELANIE
|
KUALA LUMPUR
– Wanita berusia 29 tahun yang disaman bekas kekasihnya bagi menuntut ganti
rugi RM600,000 selepas mendakwa dirinya dipergunakan bagi mendapatkan anak
daripada sperma orang Eropah akan tampil ke mahkamah untuk mendedahkan siapa
sebenarnya lelaki Bosnia itu.
Wanita yang
hanya memperkenalkan dirinya sebagai Melanie, 29, berkata, ekoran kes tersebut
dia telah melantik peguam bagi menepis dakwaan bekas kekasihnya Ervin
Ahbabovic, 41, (gambar kecil).
“Tindakan
lelaki itu yang menyaman saya selepas berpisah hampir setahun ini amat
mengejutkan. Tidak sangka selepas menyepi sekian lama, dia muncul dengan
tindakan saman serta memalukan saya.
“Dakwaan
Ervin menyatakan saya kerap mencari peluang untuk bergaduh serta hanya
mempergunakan dia untuk keinginan seksualiti rekaannya semata-mata,” dakwa
Melanie pada satu sidang akhbar di ibu negara semalam.
No comments:
Post a Comment